Sekolah Asal Didirikan Sekitar Tahun 1881 Oleh Seorang Penghulu Yang Bernama Mat Yaman Bin Haji Awang Dengan Kerjasama Orang Kampung. Asal Nama Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun Diambil Sempena Daripada Sebidang Kebun Yang Diusahakan Oleh Seorang Yang Berbangsa Nasrani Iaitu Baba Ramayar. Kebun Tersebut Seluas 11 Ekar Yang Ditanam Dengan Tebu. Pada Masa Itu. Jumlah Murid Yang Bersekolah Di Situ Ialah Kira-Kira 40 Orang Yang Berbangsa Melayu Termasuk Beberapa Orang Murid Berbangsa India.

Pada Masa Pemerintahan Tentera Jepun Iaitu Pada Tahun 1942, Pengurusan Sekolah Ini Telah Ditadbir Oleh Seorang Pegawai Tentera Jepun Iaitu Tokutumi. Beliau Dibantu Oleh Dua Orang Guru Berbangsa Melayu Iaitu Cikgu Hj Kamaruddin Dan Cikgu Hj.Hamid.

Setelah Tamat Perang Dunia Kedua, Pengurusan Sekolah Ini Telah Diambil Alih Oleh Pihak Inggeris. Sekolah Ini Kemudiannya Ditadbir Oleh Cikgu Hj Hamid Bin Hashim Dengan Dibantu Oleh Cikgu Man, Cikgu Mat Zain Bin Darus, Cikgu Yusoff Bin Kassim Dan Cikgu Wahab Bin Nor.

Bangunan Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun Telah Diresmikan Pada Tanggal 8 November 1973 Oleh

Yb En. Mohamad Bin Yaacob, Menteri Pelajaran Pada Ketika Itu. Pada Tahun 1980an, Jumlah Murid

Telah Meningkat Kepada 328 Orang. Ini Menyebabkan Waktu Persekolahan Terpaksa Dijalankan Secara 2 Sesi Iaitu Sesi Pagi Dan Sesi Petang. Kemudahan Bekalan Air Paip Dan Elektrik Mula Disalurkan Bagi Memberi Keselesaan Pada Murid-Murid Yang Belajar Di Dalam Kelas. Sebuah Bangunan Surau Telah Di Dirikan Hasil Sumbangan Wakaf Tuan Haji Abdullah Bin Haji Hudi Iaitu Guru Besar Sk Tanah Kebun Pada Ketika Itu.

Bangunan Surau Ini Merupakan Sebuah Rumah Papan Yang Dibawa Dari Changkat Jering. Bangunan Surau Ini Didirikan Di Bahagian Belakang Bangunan Asal Dua Tingkat. Surau Ini Kemudiannya Pula Diwakafkan Pula Kepada Sekolah Agama Rakyat Simpang Lima Setelah Sebuah Bangunan Baru Didirikan Di Atas Tapak Surau Tersebut.

Sekitar Tahun 1986, Bilangan Murid Sekolah Ini Telah Berkurangan Akibat Perpindahan Penduduk Kampung Tanah Kebun Yang Ke Rancangan Tanah Felda Secara Besar-Besaran. Kesannya, Waktu Persekolahan Kembali Menjadi Satu Sesi Sahaja.

Pada Tahun 2003, Sebuah Bangunan Makmal Komputer Telah Didirikan Dan Dilengkapi Dengan 13 Buah Computer Dan Alat-Alat Perabot Lain. Pembinaan Makmal Komputer Ini Diharapkan Dapat Mengecilkan Jurang Pengetahuan Ict Antara Murid-Murid Sekolah Ini Dengan Murid-Murid Sekolah Di Bandar. Pada Tahun 2006 Pula Sebuah Pusat Akses Dengan 10 Buah Komputer Yang Disambungkan Dengan Kemudahan Internet Telah Diperolehi.

Pada Disember 2007, Sebuah Bangunan Baru 4 Tingkat Telah Dirikan Di Atas Tapak Surau Lama Yang Mengandungi 4 Bilik Darjah Dan Bilik-Bilik Khas. Bangunan Ini Siap Dibina Pada Jun 2009. Bangunan Ini Mula Digunakan Mulai Januari 2010.